Laman web Comtrol, http://www.comtrol.com/, menyediakan maklumat produk yang terperinci untuk jurutera dan pengurus teknologi yang bertanggungjawab menentukan penyelesaian kesambungan. Alat pelanggan di lawan web kami terdiri daripada contoh-contoh aplikasi, muat turun perisian dan Kedai Comtrol . Produk Comtrol boleh dibeli dalam talian dan melalui pengedar kami di serata dunia. Untuk mencari pengedar berhampiran tempat anda yang menyokong bahasa ibunda anda, sila lawati: http://www.comtrol.com/buy-now/distributors/asia atau http://www.comtrol.com/buy-now/distributors/europe
Sokongan teknikal secara langsung dalam Bahasa Inggeris disediakan
melalui telefon dari 8am hingga 6pm CST. Bantuan untuk memilih dan membeli
produk kami yang beraneka jenis boleh didapati dalam talian 24 jam sehari,
7 hari seminggu.
Comtrol Corporation merupakan penyedia global peranti
memboleh rangkaian yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun. Produk
utama Comtrol yang terdiri daripada DeviceMaster®, pelayan peranti
bersiri-hingga-Ethernet atau Ethernet bersiri-hingga-industri, dan RocketPort®,
kad bersiri pelbagai port dan penyesuai antara muka boleh ditemui dalam banyak
aplikasi di serata dunia. Produk inovatif lain daripada Comtrol ialah perisian
hospitaliti Lodging Link®, yang memberikan teknologi antara muka universal
yang mencipta komunikasi tanpa sempadan antara sistem pengurusan harta
hotel (PMS) dan sistem perkhidmatan tetamu seperti penerangan
panggilan (call accounting), kemasukan tanpa kunci,
PBX (Pertukaran Cawangan Persendirian), mel suara, dll.
Kami komited
dalam memberikan kesambungan yang boleh dipercayai, boleh suai dan mampu
dimiliki bagi:
- Pengautomatan Industri untuk Sistem Lantai Kilang Tersambung PLC (Pengawal Logik Boleh Program)
- Teknologi Insfratruktur Trafik dan Pengangkutan
- Aplikasi Kerajaan dan Ketenteraan
- Antara Muka Perisian Hospitaliti
- Penambahan Port Bersiri Sistem Pejabat
Bersambung. Berkomunikasi. Mengawal. dengan Comtrol!
Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penyelesaian perangkaian peranti kami. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.
